Monday, February 27, 2012

Orang TRG Nak Cakap KL

mcm2 la....hik hik hik

love mama

Tanda2 Anak Anda Bijak

Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius. Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi seorang yang Genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.
10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :- 

1. Mengekalkan Maklumat

  • Jika kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
  • Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

2. Minat yang meluas

  • Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah seterusnya.

3. Membaca dan Menulis di awal usia

  • Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik

  • Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.

5. Menunjukkan Konsentrasi

  • Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.

6. Mempunyai ingatan yang baik

  • Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.

7. Susun kata yang maju berbanding usia

  • Kanak-kanak yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
  • Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?

8. Memberi perhatian yang terperinci

  • Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya.

9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya

  • Kanak-kanak di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit

  • Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.
  • Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

love mama

Sunday, February 26, 2012

Ketika Allah Mencipta Wanita

Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"... ...Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang dikasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"

love mama

Saturday, February 25, 2012

Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kurang Berdoa.Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:

* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Menegur mereka secara negatif

* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak

* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas

* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah

* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak

* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang

* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Bertengkar di depan anak-anak

* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah

* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton

* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak

* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)


love mama

Friday, February 24, 2012

Kelebihan Surah2 Dlm Al-Quran

۞Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
... ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...

۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.

۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG.


love mama

Tauge



Tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. 
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. 

Bagaimanapun,... khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. 

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas. 

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) 

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. 

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. 

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. 

Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. 

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. 

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. 

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. 

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.Jadi apalagi, jom makan tauge


love mama

Persiapan Hadapi Kematian

SETIAP detik pasti ada orang yang meninggal dunia dan pada setiap detik juga pasti ada bayi baru dilahirkan. Begitulah rutin kehidupan dunia ini. Yang hidup akan mati, yang pergi akan digantikan dengan yang baru.

Kita di dunia umpama seorang musafir yang singgah sebentar berteduh di bawah sebatang pokok. Kemudian kita akan meneruskan perjalanan ke alam kubur atau alam barzakh yang menurut kamus Mukhtar al-Shahhah oleh Abu Bakr al-Razi, barzakh bermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan (iktikad) Ahli Sunnah wa al-Jama’ah, setiap manusia akan berada dalam satu alam dinamakan alam barzakh, terletak antara alam dunia dan alam akhirat.

Hal ini bersesuaian firman Allah SWT yang bermaksud: “Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) – supaya aku mengerjakan amalan salih dalam perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan kau akan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata dia saja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka alam barzakh (dinding) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat).” (Surah Al-Mukminun, ayat 99-100)

Seseorang yang sudah mati dan berada di alam barzakh dapat menjangkakan sama ada dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak.

Perkara ini disebut dalam riwayat Imam al-Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas daripada seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras, berat).”

Dr A’idh Abdullah al-Qarni menulis dalam sebuah bukunya yang cukup terkenal bertajuk Malam Pertama di Alam Kubur, seorang penyair Arab pernah mendendangkan syairnya: “Aku tinggalkan tempat tidurku pada satu hari, kemudian aku terserkap membisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain. Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi pada malam itu .Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba.”
Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang manusia akan berakhir di dalam kubur. Al-Rifa’i berkata: “Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali kubur. 

Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan: Dulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dulu lidahnya petah bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.”

Umar bin Abdul Aziz pernah berkata kepada beberapa sahabatnya dalam satu majlis: “Wahai fulan! Engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir mengenai kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu apakah keadaan sebenar dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.”

Pada suatu ketika pula, Umar bin Abdul Aziz mengiringi jenazah saudaranya. Apabila jenazah selamat dikebumikan, maka semua orang bersurai kecuali beliau dan beberapa sahabatnya yang masih tidak berganjak dari kubur itu. Tidak lama kemudian sahabatnya bertanya: “Wahai Amirul Mukminin, kau adalah wali kepada jenazah ini, mengapa engkau perlu menunggunya lagi sedangkan dia telah meninggalkanmu. Umar pun berkata: Ya, sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang. Mahukah kalian tahu apakah yang dikatakannya kepadaku: Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Amirul Mukminin.

Kubur ini memanggilku dan berkata: Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukan aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan kepada jenazah yang kau cintai ini? Ya, jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya.

Kubur berkata: Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Sudah tentu jawabku. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.

Setelah mendengar penjelasan daripada kubur itu, Umar pun menangis dan berkata: Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku, bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang akan diturunkan oleh Tuhanku. Dia terus menangis dan terus menangis, lalu pergi. Tidak berapa lama kemudian beliau meninggal dunia.”
Antara syarat kemenangan dan kejayaan seorang hamba ialah mempersiapkan diri menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Tetapi ramai kalangan kita mengabaikan peringatan dan ancaman berbahaya ini.

Jika pun kita mengingati kematian, itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa. Tahukah saudaraku, mengapa ini berlaku. Hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya.

Jalan Allah tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki, tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan hati. Jika kita merasakan hati keras dan beku, rawatilah dengan penjelasan dahsyatnya kubur supaya ia hidup kembali. Untuk merawat hati yang keras, memperbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir; sentiasa merendah diri dan menangis di hadapan Allah; menghadiri majlis ilmu; mengingati mati dan menziarahi kubur.

Jelaslah kepada kita bahawa kematian itu pasti, ia tidak tertangguh walaupun sedetik. Disebabkan kedatangannya adalah satu misteri maka manusia hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

love mama

Thursday, February 23, 2012

Adik Faris Telah Pergi Buat Selama-lamanya

Al-Fatihah buat adik Faris dan salam takziah buat keluarganya...Hanya airmata yg dpt menggambarkan kesedihanku bile membaca kisahnya dr blog ni http://www.mazidulakmal.com/...Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan Allah ini...Allah lebih menyayanginya...Di syurga beliau akan menanti ibu bapanya..

love mama

Sunday, February 19, 2012

6 Perkara Allah Sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lainmenyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu, Jibrail as memandang dirinya sendiridan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yangbermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri sertasolat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.


Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "YaTuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermak!sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilahJibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh.


dari beberapa perpuluhan yang telahKu berikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat yg 5 waktu.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam

love mama

Pahala Yg Kita Tak Nampak Tapi Berterusan


Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir! ilmu utk diri sndiri & saudara muslim
  • Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah.
  • Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah.
  • Berkongsi bahan bacaan yang berfaedah dengan seseorang.
  • Bantu mendidik seorang anak.
  • Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah.
  • Berkongsi CD Quran atau Do'a.
  • Terlibat dalam pembangunan masjid (fizikal/mengimarah kan ) .
  • Tempatkan water cooler di tempat umum.
  • Tanam pohon pokok . Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

love mama

Saturday, February 18, 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT" 

Wallahualam...


sumber :http://scaniaz.blogspot.com

love mama

Friday, February 17, 2012

FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


love mama

Hukum Pakai Makeup, Contact Lens & Cukur Kening


Perempuan haram ke pakai make up, contact lens dan mencukur kening?

Jawapan :

Aspek bersolek dan menghias diri ada dijelaskan dalam firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu mendedahkan diri (bersolek) seperti cara orang Jahiliah zaman dahulu."(Al-Ahzab:33)

Bersolek ini meliputi solekan pada pakaian dan tubuh. Islam membenarkan solekan dan hiasan bagi wanita di hadapan mahram atau untuk melayan suami.

Di sini juga kita dapati sesetengah wanita yang berhijab pakaian tetapi tubuhnya, terutama wajah, dihiasi dengan pelbagai solekan yang menarik perhatian lelaki. sesungguhnya perkara ini tidak dibenarkan dalam Islam apabila solekannya itu mendorong pandangan mata lelaki yang bukan mahram tertarik padanya".

Di sini jelas bahawa kalau nak make up tu boleh tapi hanya untuk mahram. Tapi memang sekarang ni ramai yg bersolek kerana tuntutan kerja sebagai penyeri muka. Kalau ikut dalil, memang tidak dibenarkan tetapi kadang kala ada yang mengatakan bahawa berdasarkan peredaran zaman, bersolek itu boleh asalkan tidak keterlaluan.

Hukum memakai contact lens adalah harus bagi yang rabun tetapi haram kalau ianya mengubah warna mata yang asal sebagaimana perintah Rasulullah saw, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.” (HR Ibnu Mas’ud)


love mama

Thursday, February 16, 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

sumber: http://www.rindok.com/blog/

love mama