SITUASI 1
sorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu
lewat malam.
dia sorang diri, tiba-tiba ada sorang laki tak dikenali
nak naik sama. apa nak buat?
Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda
hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua
butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke
tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan
berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada
setiap tingkat.
SITUASI 2
ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time
tu perempuan tu sorang je kat rumah. apa nak buat?
Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda
sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan,
dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh
bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda.
Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur
yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa
anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG
KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah!
Mereka tidak mahu ditangkap!
SITUASI 3
Tengah dok jalan-jalan kat satu laluan tiba-tiba rasa
macam ada sorang mamat follow dari belakang. apa nak
buat?
Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda
secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan,
mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan
perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh
sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara
bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa
yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan
anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa
lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan
diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda,
pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara
yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk
memalukan dan menakutkan sebahagian besar
penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika
ada self alarm bersama anda, gunakannya!
SITUASI 4
Katakanlah kann.. baru sampai dari kl ke jb. waktu tu
dah malam. call boypren tak angkat.. famili takde
kereta nak amek.. so terpakse ler naik teksi.
tengok muka dreba teksi tu semacam jek. teksi lain
takde dah. apa nak buat?
Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada
waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor
pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada
bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau
rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka
mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam
bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa
menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang
kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan
telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada
orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya,
dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam
masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut
tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju
dengan selamat.
SITUASI 5
Oklah. dah amek no plate teksi, nama pemandu pun dah
catat. buat-buat call famili pun dah. tapi dreba teksi tu
buat hal jugak! die tukar direction ke arah lain. nak
masuk jalan hutan kot! apa nak buat? ketaq dah ni
Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk
menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam
masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak
berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan
bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan
hasil yang sama akan berlaku.
p/s : sebarkan! Share pada wanita yang anda sayangi
*sebelum keluaq rumah, baca ayat kursi. in sya Allah
akan ada 70000 malaikat yg akan melindungi
perjalanan kita...
Tuesday, February 24, 2015
Wanita sila berhati2
Subscribe to:
Posts (Atom)