Kes kematian akibat menyusu ketika tidur bkn sesuatu yg bru.Hampir setiap bln kemalangan disebabkan tersedak susu @ tercekik makanan dilaporkan media yg kebanyakannya berlaku di pusat2 penjagaan kanak2.
Ia sesuatu yg ckup malang apabila bayi yg bru saja mengenal dunia tak dpt meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa @ pengasuh .Blm lagi dgn emosi si ibu & bapa yg tak dpt terima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkn kecuaian.
Menurut pakar kanak2, kes kematian akibat menyusu ketika tidur @ sedar berpunca drpd bayi yg ditinggalkan menyusu sendirian tanpa pengawasan.Apabila seorang bayi tertidur semasa sdg menghisap botol susu, susu itu akn terus mengalir membuatkn bayi tersedak & susu akn terus masuk ke saluran pernafasan & paru2 mereka.
Dlm tubuh manusia ada 2 saluran iaitu pernafasan pd bahagian hadapan manakala saluran makanan pd bahagian belakang.Apabila bayi minum dlm keadaan tergesa-gesa @ mungkin lubang puting botol yg terlalu besar, susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
Pastinya bayi tidak mempunyai daya utk menarik botol itu sendiri menyebabkn susu memasuki saluran pernafasan,seterusnya ke dlm paru2.Apabila ini berlaku, biasanya bayi akn tersedak @ batuk iaitu tindakan refleks yg menunjukkn bayi memerlukan pertolongan @ perlindungan.
Tapi bg bayi yg ditinggalkan berseorangan sdh pasti tidak m'dpt maklum balas menyebabkan bayi lemas kerana tidak dpt b'nafas.Walaupun bayi tersedak susu dlm jumlah yg amat sedikit, ini sdh ckup utk melemaskan mereka.Dlm ms beberapa saat saja jika tdk diberi bantuan kecemasan segera, bayi akan terus meninggal dunia.
Amalan meletakkan kain @ bantal utk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian tidak sepatutnya berlaku.Ini kerana, ia blh meningkatkan risiko bayi lemas.Ibu bapa @ pengasuh perlu menyusukan bayi mereka dgn cara yg btl.
Ketika menyusu tdk kira susu botol @ susu bdn, pastikan kedudukn kepala bayi lbh tggi drpd dada & perutnya.Botol susu mesti dipegang dlm kedudukn tdk lbh 45 - 60 darjah supaya air susu tdk tersekat pd tekak @ menyebabkn bayi lemas.
Pastikn juga lubang puting botol tdk terlalu besar bg mengelakkan angin masuk ke dlm perut bayi.Jika menyusu bdn, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dlm mulut bayi.Elakkn memberi susu dgn meletakkn bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti teknik menyusu bdn.Selepas menyusu, sendawakan bayi utk mengeluarkan angin & mengelak bayi muntah ketika tdr.
No comments:
Post a Comment