Thursday, April 07, 2011

AWAS! : Menghidupkan Aircond Sebaik Menaiki Kereta..!!!

Info dipetik dari http://scaniaz.blogspot.com ....thanks...

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan
jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.
Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan
kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang
terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta).
Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai
racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan
sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan
menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi
kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi
setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung
dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene.
Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang
tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene
boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali
dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya
akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini
dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu
terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar.
Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah
pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia
untuk menyahkeluarkan toksik tersebut .

love mama

No comments:

Post a Comment