Friday, July 29, 2011

PERS....I CAN DO IT

aku terpanggil utk menyertai PERS sempena bln Ramadhan ni...sile lihat di sini utk maklumat lanjut..klik sini

tujuan aku nk sertai program ni utk memotivasikan diri utk menurunkan berat bdn yg mengembang sejak dulu tanpa turun2 sejak melahirkan anak sulungku...aku rasa bln Ramadhan kali ni aku mesti buat sesuatu utk berjaya trunkan berat bdn...tp xpastila aku berjaya ke x nk lakukan semua ni...bimbang imanku begitu rapuh utk menahan godaan juadah berbuke puasa...heheheheeh....

ni gmbr aku skrg..

berat badan aku sekarang 69.2kg..target aku nk turun sehingga 60kg @ 55kg..insyaallah..tp xmungkin kut aku dpt capai target 55kg dlm ms 2bln ni..nk 1000 daya xnk 1000 dalih...hahahahaah...

gmbr timbangan berat bdn

selamat menyahut cabaran.....


love mama

Wednesday, July 27, 2011

kisah lucu raya tahun 2010!!!

1st story psl ikan skila abah aku.....
2mggu abah aku outstation ke jhr ms bln pose aritu..so ikan skila die kat umh xde org tlg bersihkan airnya...adik aku yg lelaki tu ckp eskla tukar air...skali tgk esk ikan dah mati...hahaahaha.....punyala gabra adik aku trs g pasar tani cari ikan skila yg baru utk gantikan blk...tkut kena marah dgn abah aku...haahahah....kat pasar tani die col mak aku kat umh.."ma,ikan tu kaler menda?kekg kang saloh beli kaler lain kantoi plk"...kah kah kah ...mmg lawak la....rahsia ni mak aku n die je yg tahu...org lain xthu menahu langsung...bile dah tukar ikan yg bru adik bongsu aku lak tegur ikan tu...."tadi pengsan ikan ni,skrg hidup blk doh ke???"kah kah kah....kompom mmg die xthu tu ikan bru...hahaahah...
bile abah aku blk umh adik bongsu aku pon dgn bgusnya cerita kat abah aku psl ikan skila tu..."abah,aritu ikan abah tu pengsan pahtu hidup blk...bodo la ikan tu x g skoloh..."hahahaah.....abah aku dgr je la adik aku membebel...xde lak komen aper2....
sumer org kena tipu....
nk d'jadikan cerita, psl ikan skila tu kantoi jgk akhirnya...abah aku duk bersembang psl ikan skila die tp aku n mak aku duk gelak2 ade mkna...pastu abah aku tanya nape gelak2?ke ikan aku tu dah mati?aku pon dah ase xtahan nk suke trs je pecahkan rahsia....abah aku xmarah pon tp die ckp "pttla abah tgk ikan tu kecik je...xbesor2"...kah kah kah kah....kecoh 1 rumah kitorang suka adik beradik....haahahahaha.....

2nd story aku nk citer psl no plat blkg mtr abah aku...hahahaha....kejadian ni berlaku raya ke 4..ms tu abah aku outstation ke Kota Bharu...aku n laki aku nk g psr nk g beli mee utk wat open house...guna la mtr abah aku...tibe2 bile aku nk bonceng mtr tu lutut aku terlanggar la plk plat blkg....aku ingt ke xde aper2..skali tgk dah patah siot...terkezut beruk aku...tkut kena marah dgn abah aku wat senyap je...xbgtau sape2 pon psl ni...aku n laki aku je yg thu...hehehehe....
ptg tu lak adik aku yg g beli ikan skila bru tu guna mtr abah aku nk g beli ais sbb ais kat umh dah hbs...org rmai sgt dtg..die pon xperasan plat tu patah....siap beli ais die nk msuk parking mtr kat bwh umh flat tu tp tergelincir la plk....mtr abah aku hampir2 nk jatuh...

pg esk nyer plk adik aku yg srg lg nk kuar blk umh mertua die....die pon perasan la plat patah...pastu trs die col adik aku yg beli ais tu srh g tgk plat mtr abah kat bwh...die mmg terkejut + heran...die konpius samada plat tu patah sbb die @ bkn...hahahaahah...mmg kesian btul la die...mmg nasib malang aje kena kat die...die pon trs g kdai plat n tkr no plat bru.."abg,sy nk tkr plat yg sama mcm ni jgk yer"..smbil tnjuk no plat yg patah tu kat tuan kdai...haahahaha....

ptg tu aku nk kuar g beraya dgn family...aku pon intai2 la plat mtr abah aku yg patah tu...tp pelik lak aku tgk...naper xde yg patah tu???aku ase smlm plat ni patah tp naper arini xde pon kesan patah tu...aku dah naik heran bin ajaib....adik aku yg tkrkn plat bru tu duk perhatikan aku dr jauh...die pon naik heran camne aku blh thu psl plat patah tu lak...hahaaaha....aku pon g la tanye die...rupa-rupanya bru aku thu dia dah tkr plat bru....n die pon bru thu rupanya aku yg buat patah plat tu...hahahaha.....lega hati die...selamat dr azab seksa...hahahah.....tp smpi ke arini abah aku mmg xthu psl plat patah tu...mmg xde org buke rahsia lg...hahahahah.....

bile ingt2 blk kisah lucu ni mmg aku tergelak srg2...hahaahah......

Buat Hal @ Last Day????

Tensen btl la....ptg semalam aku terpaksa blk kerja dgn bas sbb kete aku yg di parking di B2 xmau idup enjinya....adussssss....nasib baikla kat sni bas byk...so xde mslh la nk blk umh...kebetulan plk smlm adalah ari last  roadtax kete aku idup...mcm tau2 je die wat perangai pd ari last die...adakah ini dipggil boikot????huhuhuhu...n pg ni pon aku dtg keje dgn bas jgk...kete masih lg tersadai kat B2...huhuhu...arini bru en.suami nk dtg tgk...kate en.suami maybe plug yg rosak sbb dah lama x pegi servis kete...haahahahaah...padan muke aku n en.suami...sape srh x pegi servis kete...skrg kan die dah merajuk buat hal di ari last roadtax valid...
@ 'dia' bg hint srh aku tkr kete bru?ape ke helnya yop nk tuko kete time dkt2 nk raya ni...mana nk korek duit nyer yopppp..bknnya duit dtg bergolek sujud kat kaki aku...hahahahaha....

nota kaki: xde ke sesape yg baik ati lg budiman nk dermakan barang 10k @ 20k utk wat byr deposit kete bru?ahahahahahaaha...

love mama

Cirit Birit??????

5ari ank mama cirit birit berjangkit dr tmpt asuhannya...dlm 1 ari 12 kali die membuang..smpikn merah n melecet punggong ank mama...kesian mama tgk...smpi nangis2 jerit2 ms nk bsuhkn beraknya...

tp berkat nasihat dr nurse peribadi mama (ANGAH a.k.a adik ipar mama), akhirnya mama dah thu cara nk selesaikan mslh cirit birit tanpa perlu ke hospital..ade 3 pilihan yg mama pilih utk cube...ye lah kalu dah smpi ke hospital sah2 la ank mama kena msuk air kat lengan...yg tu lg la mama xleh thn tgk...sedih...sgt sakit kalu msuk air kat lengan....jgn kate bdk sekecik ank mama,kite yg dewasa ni pon terasa sakit bile kena msuk air kat lengan...huhuhuh

1) mama try bg minum air teh pekat tanpa gula yg dimasukkn ke dlm picagari ubt tp puuurrrrrrr die sembur blk...hehehehe...pahitla tu kan..dah namanya pon teh pekat...kalu mama pon xkn minumnya...hahahaha

2) mama try bg minum air ORS perisa oren (air garam yg dibeli kat farmasi)  pon xjln jgk...mana mauuuunyerrrrrrrrr....

3) mama bg die minum air 100 plus yg dah dibuang gas semua..yg ni die nk minum...bgus222...alhamdulillah mmg die xcirit lg sepanjang minum air tu..tp bile bg je susu trs membuang 2 3 kali dlm ms 1 -2 jam...huhuhuhu...so mama terpaksa la stopkn dulu bg susu pd si kecikku...mmg kesian xbg die susu tp aku lg kesian bile tgk punggong die dah melecet sbb byk kali cirit birit...

Alhamdulillah skrg perut anak mama dah ok...dah kembali normal..thanks to Angah...I Love U...so pd ibu2 di luar sana yg ade mslh mcm ni cube try slh 1 dr 3 cara ni..merawat sendri adalah lbh baik dr menyerah diri ke hospital...hahaahahaha....

love mama

Monday, July 25, 2011

Ada Uban?????OMG!!!!!!

Terkezut mama tgh kusyuk sikat rambut si comel Qistina tibe2 mata ini terpandang 1urat rambut yang lain drpd yang lain...bile kuperhatikan dgn teliti rupa-rupanya itu ialah UBAN!!!!!!!

OMG!!!!!!!!biar betul anak mama ade uban????baru umur 1 tahun 11bulan dah ade uban?apakah tandanya?tp aku x cabut uban itu..biarkan disitu..org tua2 ckp xbaik cabut uban..biarkan kat situ...mungkin ade hikmah disebaliknya...mungkin anak itu ade keistimewaannya yang kite xtahu...hehehehehe..(mood nk sedapkan ati)

love mama

Thursday, July 14, 2011

BERSIH BERSIH BERSIH

Aku suka nk berkongsi dgn kwn2 semua tentang sokongan seorang rakyat Malaysia ni yg aku petik dari http://shahrulpeshawar.wordpress.com..jom kita baca sama2 & anda nilaikan sendiri menggunakan kewarasan fikiran sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun & bukan sebagai ahli politik @ penyokong mana2 parti politik...aku pon bkn penyokong fanatik mana2 parti politik di Malaysia..aku hanyalah aku..

Aku sokong Tuntutan Bersih tapi aku tak sokong jatuhkan kerajaan cam kat Mesir

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi • Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal. • Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos • SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi. • Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi. • Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal • Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari • Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja. • Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil • RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding. • Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan. • Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam. Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia. Contohnya : Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil. Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak. Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa. Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah. Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin. Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor. BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

KOMEN:-

Aku sokong Tuntutan BERSIH. Dan sebenarnya aku harap Kerajaan Pusat dapat berkerjasama dalam menjayakan BERSIH ni. Kalau PM Najib dan barisan kabinetnya dapat join BERSIH lagi baik. Semua orang nak bertanding dalam pertandingan yang adil dan saksama. Tawaran offer untuk buat BERSIH di Stadium terpaksa dibuat kerana isyarat memang jelas rakyat Malaysia yang akan turut serta pastinya melebihi jumlah POLIS + TENTERA + RELA + KASTAM + IMIGRESEN + JKR + JPJ dan lain-lain agensi yang akan dikerah.

Susah sangat ke nak guna dakwat di jari selepas undi? Cara ini untuk elak orang dari mengundi 2 kali? Kan bagus cam tu, kita tak undi lebih dari sekali. Kalau ada pemimpin yang menang kerana undi sebegini (undi kali kedua), ini namanya pemimpin haram. Pemimpin yang naiknya haram, pasti membuat keputusan haram. Kat sinilah tak de barakahnya dalam memimpin.

Orang yang dah mati atau pindah, SPR perlu lupuskan namanya dari senarai daftar pengundi. Senang saja. Ikutlah laporang kematian yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Kenapa nak biarkan nama orang tu terus saja disitu? Nak cari orang lain untuk pangkah lah tu?

POLIS kena bantu kawal situasi agar semuanya tenang dan berjalan selancar mungkin. Kenapa POLIS perlu keluar statement separuh masak semacam tak faham proses demokrasi? POLIS jangan bertindak cam orang politik, orang politik cakap belit-belit. Saya tetap percaya bahawa POLIS Malaysia adalah profesional dan mampu menangani hal-hal semacam ini secara baik dan teratur sekiranya tiada campurtangan ahli-ahli politik dan pemimpin penjilat. POLIS Malaysia boleh jadi pengaman di negara lain, tak kanlah di negara sendiri tak boleh nak kawal? betul tak?. ..

Ini negara kita, tanggungjawab kita. Kemakmuran dan keamanan perlu dipertahankan dengan segenap usaha demi kelangsungan generasi Malaysia yang gagah dan bertamadun. Inilah yang akan aku ceritakan pada anak dan cucu aku…

kredit to : http://shahrulpeshawar.wordpress.com

love mama

Thursday, July 07, 2011

Jamuan Perpisahan EO ku

Minggu lps unit Sumber Manusia adakan majlis jamuan sempena persaraan EO kami En.Mat Yusof...kami buat mkn2 kat Ipoh Station Puchong...Menu kami ialah Nasi Biryani Ipoh...

Pergghhhh mmg sedap giler menu ni...x pernah lg aku jumpe ns beriyani yg kuah dalcanya xmcm kuah dalca yg kaler kuning tu...kuahnya lbh kepada kari daging...syur2,kacang dal sama la mcm kuah dal kuning tu...tp yg ni ade daging...mcm kari daging plk...sedap gile....

Sebenarnya menu ni blm dijual secara rasmi di restoran ni.menurut kate tokey restoran ni la Pn. Azlina.tp atas permintaan kami pemilik kdai ni sedia menyediakan menu ni untuk kami...So kalu sape2 yg berminat nk ke Ipoh Station blh la singgah ke sana...areanya Bandar Bukit Puchong..berhampiran Balai Polis Bdr Bukit Puchong...bersebelahan dgn kedai Perabot Jati...kalu dr tol RM1.60 LDP dr arah Putrajaya tu mmg akn nmpk la Ipoh Station sebelah kiri anda...

Sebenarnya Ipoh Station ni restoran ala2 retro..bkn stakat retro je, klasik skali ye...heheehheh...kat stu sumenya brg2 antik yg ade...mmg menggamit memori tul la..byk jgk la brg2 antik yg xprnh aku tgk...maklumla brg2 tu sumer brg2 thun 80 an ke bwh...aku ni generasi 80 an ke ats...hahaahahahaah....

Masa kami tgh mkn pon die pasangkan lagu2 klasik...adus nk mkn pon xsng....lagu2 ala mengulit utk tdr...ahahahahaaha....smpikan bos berucap kat dpn pon kami kat blkg xdgr sbb bising dgn lagu2 klasik...huhuhuhu....tp bg generasi zaman tu mmg suka la lagu2 camtu kan...heheehe...sbb kami meraikan org yg nk pencen so mmg kena la tmpt yg camtu kan..ahahahahaaha.....

Jom kite layan dulu beberapa gmbr yg sempat dirakam...

 kawan2 dah xsbr nk menjamu selera...heheheheeh...lapor siot...time mkn tghri tuuuu.....


 ayam masak merah


 kuah dalca yg rasanya lbh kurang sama dgn kari daging tp lbh pekat dr kuah dalca kuning...

ni la EO kami...huhuhuhu....babai EO ku...
selamat berbulan madu bersama isteri di kampung...hahaahahaha....

love mama