14/12/2011 adalah ari yg paling sedih dlm hidup family aku..umah pakcik aku kat kg hangus terbakar dlm 1 kebakaran di Kg. Bukit Tunggal, K.Trg.Xdapat digambarkan perasaan aku ms tu...mmg sedih sgt2..dahla 31/12 ni ank dia nk kawin...lg la bertambah sedih aku..hbs hangus semua kelengkapan perkahwinan sepupu aku tu..puncanya dr litar pintas dr dlm blik tdr...nasib baik la ms tu ank2 semua xde kat umh...kalu la kejadian tu berlaku tghmlm ms semua org tgh tdr alamatnya mungkin xsempat nk selamatkan diri..Nauzubillah..aku difahamkan oleh sepupuku set perabot utk bilik pengantin belum dihantar ke rumah lg..selamat la...kalu x hbs la perabot baru..kerugian dianggarkan bernilai RM150,000...duit RM8000 utk persiapan kawin hbs hangus...speaker pakcik aku utk keje die (die ni seorang ahli muzik) 8biji hbs semuanya..yg sempat diselamatkan cume peti ais n tong gas sahaja sbb ms tu makcik aku tgh msk kat dpur..yg membuatkan aku bertambah sedih ialah rumah tu adalah rumah pusaka arwah nenek aku...umh tu lbh tua usianya drpd usia aku skrg..so phm2 je la of course la wiring die tu yg old skol punyer..
Sekarang pakcik aku menumpang rumah adik beradik yg tinggal bersebelahan dgn umh yg terbakar tu...Alhamdulillah setakat ni bermcm2 sumbangan yg diterima oleh family pakcik aku dari segi wang ringgit, kain baju,makanan dan persiapan utk majlis perkahwinan anaknya...Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah menyumbangkan sebuah rumah yg baru dgn kos RM33,000..majlis perkahwinan hanya dibuat majlis kesyukuran saja dan hanya majlis akad nikah yg dihadiri oleh family kedua2 belah pihak saje yg akan dibuat nnti..
ini saje yg tggl di bahagian dpn umh...lelaki yg kat tgh tu bju hitam ialah pakcik aku...
sepupu aku bersama tunangnya yg blk ke kg setelah menerima berita buruk ni..sepupu aku keje kat KL..
antara keratan2 akbar yg memaparkan cerita ni...
Kebakaran: Persiapan perkahwinan musnah
14/12/2011 9:47pm
KUALA TERENGGANU – Hasrat sepasang suami isteri untuk melangsungkan perkahwinan anak perempuan mereka hujung bulan ini musnah apabila semua persiapan yang telah dibuat hangus dalam kebakaran tengah hari tadi.
Rumah pasangan Asli Baring, 48, dan isteri, Zainab Salleh, 47, di Kampung Bukit Tunggal, terbakar pada 12.15 tengah hari melibatkan kerugian dianggarkan RM150,000.
Ketika kejadian, Zainab sedang menyiapkan makanan tengah hari, manakala seorang anaknya, Nor Adlin Qayyum, berada di ruang tamu rumah.
"Saya dan anak saya cuba memadamkan api itu sebelum dibantu jiran yang kemudian menghubungi bomba. Nasib baik ketika kejadian, tujuh lagi anak saya tidak berada dalam rumah manakala suami pula sedang bekerja,” katanya.
Zainab berkata, hanya kad jemputan perkahwinan anaknya, Nurul Azma, 24, sahaja yang sempat diselamatkan, manakala barangan lain semuanya terbakar.
Nurul Azma yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 31 Disember ini menetap di Kuala Lumpur.
Kenduri doa selamat ganti majlis kahwin
Keluarga gadis tersebut terpaksa membatalkan majlis terbabit kerana segala persiapan perkahwinan seperti kad kahwin dan bunga telur bernilai kira-kira RM10,000 yang sudah dibeli hangus terbakar bersama kediaman mereka.
Sebaliknya, hanya majlis akad nikah dan kenduri doa selamat yang bakal dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja akan diadakan bagi menggantikan majlis perkahwinan berkenaan.
Nurul Azma yang baru pulang dari Kuala Lumpur berkata, dia redha dengan ketentuan ilahi dan menganggap tiada rezekinya untuk bersanding bersama tunangnya, Mahadir Abdullah pada hari bersejarahnya.
“Saya sudah batalkan tempahan pelamin kerana majlis itu akan berlangsung bukan sebagaimana yang dirancang sebelum ini,” katanya ketika ditemui di rumah ibu saudaranya di Bukit Tunggal, semalam.
Bagaimanapun katanya, kesedihan itu mungkin sedikit terubat apabila Mahadir dijangka menempah pelamin ketika majlis di pihak lelaki pada 8 Januari ini di Petaling Jaya bagi membolehkan mereka bergambar kenangan.
Mahadir yang pulang menemani Nurul Azma ke Terengganu bersama ibunya berkata, dia memahami keadaan keluarga tunangnya dan akan berbincang semula mengenai majlis perkahwinan itu nanti.
“Mengikut perancangan sebelum ini, rombongan kami akan datang dengan sebuah bas tapi sekarang ia akan dikurangkan. Mungkin hanya lima buah kereta sebagaimana majlis pertunangan sebelum ini,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri bukan sahaja terkilan namun hanya mampu memendam rasa apabila melihat persiapan perkahwinan anak kedua mereka musnah dalam satu kebakaran, Rabu lalu.
pakcik aku yg masih lg boleh tersenyum walaupun hatinya dilanda dugaan yg kuat dr Allah...Semoga family nya tabah menghadapi dugaan Allah ni...Sesungguhnya setiap dugaan itu ade hikmahnya yang tersembunyi...Tawakal la kepadaNya...
batman adalah panggilan ank2 sedare kepada pakciknya..hehehehe..lekat plk nama tu...
batman adalah panggilan ank2 sedare kepada pakciknya..hehehehe..lekat plk nama tu...
love mama
No comments:
Post a Comment